Wednesday, August 24, 2011

Cinta Teragung

Cinta Teragung - Hazama

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus 2X

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Lirik lagu ini ibarat memberi makna kepada jiwa dan hatiku ini



Diri Ini Dan Kebahagiaan

Assalammualaikum
Hampir dua minggu tidak kemaskini blog

Hari ini aku mendapat teguran daripada seorang guru
Katanya
'sekarang akram ini sudah mula malas
ini bukan akram yang saya kenali dulu
harap tidak ada kekacauan di jiwa akram'
Mula-mula aku agak terkejut tapi ada betul juga kata guru itu
Aku memang terhanyut dengan pelbagai masalah sehingga pelajaranku terabai tanpa disedari
Hmm.....masalah aku sentiasa berlarutan
Aku sangat berharap semua ini akan selesai dan aku akan cuba untuk kembali fokus pada pelajaran

Yang ke-2 nya
Hmm..susahlah mahu diluahkan dari hati ini
Hari ini juga aku mendapat jawapan daripada seorang kawan tentang mesej yang telah disampaikan oleh seorang insan yang ku kenali
Insan itu cuba untuk menyampaikan sesuatu pada diriku ini
Tapi insan itu berkata yang aku akan ketahuinya juga nanti
Detik itu tiba jua hari ini apabila ku mengetahui jawapannya
Dia masih......................aku
Dia ingin melihat aku bahagia di matanya walaupun perit untuk terima
Hmm......:'(

~sekian~
~Terima Kasih~



Sunday, August 14, 2011

Kekuatan Dalam Pembinaan


Assalammualaikum
Semalam malam yang cukup indah kerana tidur lewat memikirkan sesuatu yang perlu dilakukan
Memikirkan sesuatu untuk mencari kekuatan dalam pembinaan
Mungkin agak sukar untk mencari kekuatan yang baru untk pembinaan baru yang lebih kukuh
Namun,itu ibarat pembakar semangat untuk mencari kekuatan
Tapi aku kurang keyakinan kerana aku tahu aku tidak kuat untuk pembinaan kukuh seperti yang diharap-harapkan
Mungkin aku perlukan muhasabah diri aku untuk cari kekuatan itu
Aku sangat-sangat berharap agar kekuatan yang tersembunyi itu akan segera ditemui
'Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku'
~Sekian~

Wednesday, August 3, 2011

Sikap

Assalammualaikum
Hari ini saya mempunyai pandangan ingin dikongsikan kepada rakan-rakan pembaca blog saya
Mungkin pandangan yang dikongsikan ini disedari oleh rakan-rakan rapatku

Seseorang yang mempunyai dua personaliti yang berbeza bila berada pada dua situasi
1) Seseorang yang berbeza sikapnya apabila diluar sekolah
2) seseorang yang berbeza sikapnya apabila di dalam sekolah

Jika aku berada di sampingnya,pasti aku lebih menyukai sikap yang pertama berbanding kedua
Kenapa aku lebih memilih yang pertama?
Ia kerana sikap keduanya ibarat ingin mengawal hidup aku jika aku di sampingnya
Dan itulah yang aku alami
Dan itulah juga baru aku perasaan
Prinsip aku yang baru
'aku tidak akan mudah dikawal oleh orang lain'

Mudah-mudahan aku berjaya melakukannya
~sekian~

Tuesday, August 2, 2011

Percintaan

Assalammualaikum
Hari ini ku ada topik yang bermain-main di fikiranku ini

'Adakah percintaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor?'
Bagiku,dua perkara saja bermain difikiranku ini bila memikirkannya
1) naluri keremajaan yang sudah menjadi lumrah kehidupan
2) kekurangan kasih sayang dalam jiwa seseorang
(ini pendapat peribadiku la)

Mungkin masih ada lagi beberapa faktor yang masih belum terlintas di fikiranku ini
Namun,hanya dua perkara saja yang terlintas...

~sekian~

Monday, August 1, 2011

Pilihan

Assalammualaikum

Lama sangat tidak kemaskini blogku ini...
Sebenarnya tidak ada topik mahu dikongsikan
Cuma hari ini ada topik yang membuatkan diriku termenung memikirkan tentang itu
Ia bermula apabila seseorang mengajukan soalan kepadaku
soalannya:
'mana yang lebih baik?'
Ku hanya mampu berdiam diri kerana ini mungkin lebih kepada soalan peribadi
Namun,jauh di sudut hatiku
Ku memikirkannya
Itu saja cerita untuk hari ini