Wednesday, December 21, 2011

Bahagia Kali-2 bersama Si Dia

Assalammualaikum W.B.T

Alhmdllh....:D
hari ini hari kebahagiaan saya yang ke-2 bagi bulan ini
Hari ini saya keluar berjalan dengan si dia lagi
Indahnya rasakan sayang Nurul Nurshahirah
Saya tidak keluar berdua sahaja tapi ditemani sepupu dia
Ye lah,tidak manis kalau keluar berdua jika tidak ada sebarang hubungan yang sah
Yang paling best sekali saya belikan dia hadiah
saya pun ada gak hadiah cm dye
epy2....

thnx sayang
ok lah,sampai di sini sahaja. Tak thu nk cter pe dh..epy sgt2

Monday, December 19, 2011

Sudah Atau Belum Masanya?

Assalammualaikum W.B.T

Ummm...hari in saya rasa seperti tidak sedap hati sangatlah
Mungkinkah sudah tiba masanya untuk disampaikan?
Adakah Allah sudah memberi isyarat kepada diriku?
Tapi...
Saya masih belum bersedia
Di kala itu juga seorang insan yang istimewa menemaniku menghadapi situasi getir ini.
Kini,saya sudah ada pendorong dalam hidup saya.
Apa yang perlu saya lakukan ialah mencari masa yang betul-betul tepat untuk menyampaikannya

*Terima kasih Sayang sebab bagi sokongan pada abang*
.....645....

Saturday, December 17, 2011

Saya Perlu Kuatkan Keimanan


Assalammualaikum W.B.T

Hari ini saya secara tiba-tiba memikirkan kisah lama
Di kala itu juga saya rasa serba salah pada keluarga saya mengenai hal tersebut.
Ya Allah,kuatkan keimanan hamba-Mu ya Allah.
Namun,keresahan saya sedikit terubat apabila orang yang saya sayangi sudah memberi kekuatan kepada saya.
'Awak.....
terima kasih ya awak.
awak banyak bagi saya semangat pada saya di kala saya kesusahan dan kesenangan
saya sayangkan awak NNs'
Itulah insan yang selalu membantu saya

Oklah,itu saja cerita saya hari ini
(x thu nak tulis apa dh...hehehe)

Friday, December 16, 2011

Tentang Dia


Assalamuaalaikum

Awak,saya sayang awak
Awak,saya percaya pada awak
Awak,kenapa saya tidak luahkan rasa cemburu saya pada awak bila awak chat dengan ex awak
Kenapa saya tidak berani luahkan ya?
Ia kerana saya percaya pada awak
Ia kerana saya sayangkan awak sangat
Saya kadang-kadang tertanya kenapa lah saya sanggup menahan rasa cemburu saya pada awak
Saya lebih rela memendam perasaan cemburu pada awak
Saya nak lihat awak bahagia di sisi saya walaupun saya perit,awak...
Saya mengerti erti cemburu di hati awak
Saya tahu awak sayangkan saya
Tapi awak kena la belajar juga erti kepercayaan dalam sebuah perhubungan
Apabila awak sudah belajar erti kepercayaan,
saya percaya yang awak akan memahami erti perhubungan yang awak jalin.
Ya,saya tahu saya tidaklah begitu sempurna di mata awak
tapi awak...
saya sentiasa cuba untuk memberi yang terbaik untuk awak.
Saya sayang awak sangat
Awak mahu tahu x?
Hari ini,saya sudah seperti orang sakit jiwa kerna memikirkan awak sayang
Saya termenung sambil memikirkan awak sayang
Hati saya bergelodak mahu menjerit nama awak
Jiwa saya memberontak tidak rela kehilanganmu sayang
Abang sayang sama kamoo..
*abg harap syg akn mempercayai abg kerna abg prnh bgthu syg mengenai prinsip abg dlm bercinta'
'Abg berharap syg'

Thursday, September 22, 2011

Sokongan

Assalammualaikum
Minggu ini mungkin belum yang terbaik untuk diriku
"Aku mungkin bukan yang terbaik yang pernah kalian semua miliki
Namun aku tetap cuba jadi termampu aku mampu lakukan"

Apabila kita ingin melakukan sesuatu kebaikan dalam sesuatu perkara,
tapi mereka enggan menerima
Macam mana aku ingin membuat kebaikan dalam sesuatu perkara sekiranya tidak ada sokongan.
~....;(.....~
~sekian~

Monday, September 19, 2011

Kesyukuran Pada-Nya

Assalammualaikum
Lamanya tidakku kemaskini blog ini sejak awal bulan puasa

Aku ingin kongsikan sesuatu
Sejak akhir-akhir ini,hati aku rasa gembira sangat-sangat sejak si dia muncul kembali dalam hidupku.
Aku bersyukur kepada-Nya kerana Engkau telah kembalikan dan ketemukan si dia kembali dalam hidupku kembali.
Aku terasa sinar keceriaanya sejak dia kembali.
Ya Allah,aku bersyukur kepada Engkau kerana menemukan semula si dia kepada diriku yang lemah ini.
Aku berharap aku mampu menjaga kurniaan-Mu ini sebaik yang mungkin dan yang termampu aku lakukan.
Terima kasih kepada-Mu ku ucapkan,Ya Allah
Mudah-mudahan aku mampu menjaga dia dengan sebaik-baiknya
~amin~

Wednesday, August 24, 2011

Cinta Teragung

Cinta Teragung - Hazama

Maafkan aku sekiranya tak termampu
Untuk mencurahkan semua isi hatiku
Ternyata tak terkata
Rinduku padamu

Chorus
Ku takkan bisa menjadi lebih
Dari apa yang terdaya
Namun ku tetap berjanji
Akan masih mencuba untuk
Memujuk hatimu
Mencintai aku
Kerna semua yang ada
Hanyalah untukmu

Secebis perasaan ku hamparkan
Membawa sejuta harapan
Menagih cinta
Teragung darimu

Ulang Chorus 2X

Maafkan aku sekiranya
Tak termampu untuk
Mencurahkan semua
Isi hatiku

Lirik lagu ini ibarat memberi makna kepada jiwa dan hatiku ini



Diri Ini Dan Kebahagiaan

Assalammualaikum
Hampir dua minggu tidak kemaskini blog

Hari ini aku mendapat teguran daripada seorang guru
Katanya
'sekarang akram ini sudah mula malas
ini bukan akram yang saya kenali dulu
harap tidak ada kekacauan di jiwa akram'
Mula-mula aku agak terkejut tapi ada betul juga kata guru itu
Aku memang terhanyut dengan pelbagai masalah sehingga pelajaranku terabai tanpa disedari
Hmm.....masalah aku sentiasa berlarutan
Aku sangat berharap semua ini akan selesai dan aku akan cuba untuk kembali fokus pada pelajaran

Yang ke-2 nya
Hmm..susahlah mahu diluahkan dari hati ini
Hari ini juga aku mendapat jawapan daripada seorang kawan tentang mesej yang telah disampaikan oleh seorang insan yang ku kenali
Insan itu cuba untuk menyampaikan sesuatu pada diriku ini
Tapi insan itu berkata yang aku akan ketahuinya juga nanti
Detik itu tiba jua hari ini apabila ku mengetahui jawapannya
Dia masih......................aku
Dia ingin melihat aku bahagia di matanya walaupun perit untuk terima
Hmm......:'(

~sekian~
~Terima Kasih~



Sunday, August 14, 2011

Kekuatan Dalam Pembinaan


Assalammualaikum
Semalam malam yang cukup indah kerana tidur lewat memikirkan sesuatu yang perlu dilakukan
Memikirkan sesuatu untuk mencari kekuatan dalam pembinaan
Mungkin agak sukar untk mencari kekuatan yang baru untk pembinaan baru yang lebih kukuh
Namun,itu ibarat pembakar semangat untuk mencari kekuatan
Tapi aku kurang keyakinan kerana aku tahu aku tidak kuat untuk pembinaan kukuh seperti yang diharap-harapkan
Mungkin aku perlukan muhasabah diri aku untuk cari kekuatan itu
Aku sangat-sangat berharap agar kekuatan yang tersembunyi itu akan segera ditemui
'Biar kau tahu
Aku bukan boneka
Akulah aku
Aku bukan boneka
Kini kau tahu
Lewat hariku'
~Sekian~

Wednesday, August 3, 2011

Sikap

Assalammualaikum
Hari ini saya mempunyai pandangan ingin dikongsikan kepada rakan-rakan pembaca blog saya
Mungkin pandangan yang dikongsikan ini disedari oleh rakan-rakan rapatku

Seseorang yang mempunyai dua personaliti yang berbeza bila berada pada dua situasi
1) Seseorang yang berbeza sikapnya apabila diluar sekolah
2) seseorang yang berbeza sikapnya apabila di dalam sekolah

Jika aku berada di sampingnya,pasti aku lebih menyukai sikap yang pertama berbanding kedua
Kenapa aku lebih memilih yang pertama?
Ia kerana sikap keduanya ibarat ingin mengawal hidup aku jika aku di sampingnya
Dan itulah yang aku alami
Dan itulah juga baru aku perasaan
Prinsip aku yang baru
'aku tidak akan mudah dikawal oleh orang lain'

Mudah-mudahan aku berjaya melakukannya
~sekian~

Tuesday, August 2, 2011

Percintaan

Assalammualaikum
Hari ini ku ada topik yang bermain-main di fikiranku ini

'Adakah percintaan itu berlaku disebabkan beberapa faktor?'
Bagiku,dua perkara saja bermain difikiranku ini bila memikirkannya
1) naluri keremajaan yang sudah menjadi lumrah kehidupan
2) kekurangan kasih sayang dalam jiwa seseorang
(ini pendapat peribadiku la)

Mungkin masih ada lagi beberapa faktor yang masih belum terlintas di fikiranku ini
Namun,hanya dua perkara saja yang terlintas...

~sekian~

Monday, August 1, 2011

Pilihan

Assalammualaikum

Lama sangat tidak kemaskini blogku ini...
Sebenarnya tidak ada topik mahu dikongsikan
Cuma hari ini ada topik yang membuatkan diriku termenung memikirkan tentang itu
Ia bermula apabila seseorang mengajukan soalan kepadaku
soalannya:
'mana yang lebih baik?'
Ku hanya mampu berdiam diri kerana ini mungkin lebih kepada soalan peribadi
Namun,jauh di sudut hatiku
Ku memikirkannya
Itu saja cerita untuk hari ini


Saturday, June 11, 2011