Wednesday, August 24, 2011

Diri Ini Dan Kebahagiaan

Assalammualaikum
Hampir dua minggu tidak kemaskini blog

Hari ini aku mendapat teguran daripada seorang guru
Katanya
'sekarang akram ini sudah mula malas
ini bukan akram yang saya kenali dulu
harap tidak ada kekacauan di jiwa akram'
Mula-mula aku agak terkejut tapi ada betul juga kata guru itu
Aku memang terhanyut dengan pelbagai masalah sehingga pelajaranku terabai tanpa disedari
Hmm.....masalah aku sentiasa berlarutan
Aku sangat berharap semua ini akan selesai dan aku akan cuba untuk kembali fokus pada pelajaran

Yang ke-2 nya
Hmm..susahlah mahu diluahkan dari hati ini
Hari ini juga aku mendapat jawapan daripada seorang kawan tentang mesej yang telah disampaikan oleh seorang insan yang ku kenali
Insan itu cuba untuk menyampaikan sesuatu pada diriku ini
Tapi insan itu berkata yang aku akan ketahuinya juga nanti
Detik itu tiba jua hari ini apabila ku mengetahui jawapannya
Dia masih......................aku
Dia ingin melihat aku bahagia di matanya walaupun perit untuk terima
Hmm......:'(

~sekian~
~Terima Kasih~



2 comments: